Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Wednesday, October 24, 2007

Makan2 raya umah Cikgu Fini utk warga SKEN

Salam,

Kalau ada one of my blogger fren tatau nak citer apa dlm blog, sampai dia post begitu banyak lirik. Tapi takpe sbb bila dia post lirik tu, ada lagu yg tak pernah Fini dgr, terasa nk download & dengar. =)

Fini pula nak citer pasal alkisah sehari ni di rumah Keluarga Cikgu Fini.

Sedari semalam, sibuk ngan Mak ke TF Lido beli2 barang nak masak2 rini. Bukan buat apa sgt, nak wat makan2 utk warga2 SKEN. Sian Mak le, ke mana Fini pi, Mak ikut ja, sbb dia tak yakin ngan her daughter ni, samala ngan Ayah. Huhuhu. =(

Pagi tadi pula, seawal pagi, Fini vacum rumah, mop lantai, kemas2, isi balang kuih, sbb rini nk wat makan2 sket. Tgh dok mengemop, got an sms + phone call sbb Fini tak perasan ada sms, so Shamsulina (my student-Tahun 6) called. "Cikgu, jemput kami di SHELL." Ceh, macam arahan je ek. Takpe, Fini tak kisah, sbb kan tak mandi lagi masa tu...huhu, Fini minta tolong Hisyam jemputkan mereka di SHELL Ketari tu. Mereka dtg berempat dr Batu 10, Sungai Miak (perkampungan OA). Naik bus, ceh...berkobar nk dtg beraya umah Cikgu Fini. =) Hehe, Fini dah ckp smlm, sbb diorang mmg sibuk nak beraya, jadi kesempatan cuti ni...Fini ckp kalau nak dtg, dtgla petang, ada makan2 sket, ish...tak nak...nak dtg pagi juga. Ikut suka la, jd Fini dgn cepatnya pi mandi n makan biskut raya aje la diorang. Sian pula.

Ok, mereka balik je, mula masak2 Cikgu Fini. Mak masak la mi sup (mi kuning + bihun), masak soto skali la (nasi impit makan ngan kuah sup tu) Hehe...3 in 1. Fini punya sesi masak spaghetti n puding karamel. Tu je yg pandai masak nye. Huhuhu. Ceh, my sepupu yg dok depan umah ni dah tunggu dr pagi...nak tengok sesi masak2 Cikgu Fini, malu je rasanya. Org dh bgtau Kak Yang, ala..masak spaghetti tu...bukan susah mana...guna aje sos Prego tu. Besala, tumis2 la sket, sbb masak2 ala Melayu. Ini tidak, nak tengok juga, dah le dapur mcm tongkang pecah. Malu.

Dah siap masak2, tinggal nak celur mi + sayur mayur dll sesi mencelur la. Tetiba dpt phone call dr Ikhwan dan kawan2. "Cikgu, kitorang ada kat bus stop kat ngan Bahulu Sri Ketari, amik la." Huhuhu, mcm mana ni? Dah le Ayah bawa kete Fini, kete Hisyam pula takde, tinggal kete Ayah je. Huhu, tak berani sbb besar, nti tak leh nak agak. Tapi berani je la sbb dah terdesak, budak2 dah tunggu, karang jd apa2, susah Fini. Fini memula ingatkan diorang tak jadi dtg, hanya sekadar tanya2 n sebut2 ja nk dtg umah Fini, sbb diorang ni dok Lentang. Kan ke jauh bg budak sek ren nak berjalan ke Bentong tu, naik bas pula. Sian Fini, siap Ayah Hafifi called. Huhu, cuak juga Cikgu Fini jwb call. Fini call semula Mak Hafifi terangkan hal sebenar, she seems ok n friendly. Ye la, mana taknya, diorang bgtau nk beraya umah Fini, alih2 diorang ke Bentong, jalan2 dulu. Padanla, masa Ayah dia call, tak sampai lagi anaknya ni. Diorang smpi masa azan Zohor, huhu, tgh sibuk masak2, benti, tutup api, pakai tudung, ngan Mak pi amik diorang. Makan2, siap solat di sini, dlm hati bagus juga bebudak ni. Siap puji tadi dgn Ustazah Azhana, Fini cite pasal diorang. Ustazah pun terkejut, ingatkan diorang ckp2, tak jadi datang. Tadi Ikhwan (T5) dtg sekali ngan adik dia Hafiz (T1), Hafifi (T5), Amri (T5) dan Idham (T6). Sume murid bukan pelajar yg Fini ajar kecuali Hafiz sbb Cikgu Zaini ckp dia dlm kelas lambat sket, so masuk le kelas Fini.

Dlm jam 2.30 ptg, Teacher Asma, Teacher Muna & Ustazah Hamidah sampai. Alamak, sume tak siap lagi berhidang. Kelam kabut, siap Midah tegur, "Pi la tukar baju tu, pakai la baju raya." Huhuhu, nk wat keje pakai t-shirt & track bottom ja, nasib tak berkain batik. Huhu. Pastu, Ustazah Azhana & family tiba. Tak lama pastu, Sir Mizan pula sampai. Diikuti oleh Cikgu Rahim & family, Kak Ijan (PTR) & husband, Kak Suhaili (Ustazah KAFA) & family, Cikgu Zaini & family dan akhir sekali Cikgu Roslawati & husband. Pastu, trip Kak Yang, my sepupu & family & kitorang pula makan2. Ayah tanya, "Puas layan org?". Hehe, Fini senyum ja smbil tgh dok basuh pinggan td. Senang hati la dpt jamu orang sekadar yg mampu. Fini mmg suka org dtg makan kat umah. Sbb kalu tunggu Fini nk berjalan ke umah org, susah sket, banyak kekangannya. Tatau la nti kalau dh bkeluarga sendiri, kalau dpt org yg jenis ok, dpt la Fini berkunjung ke rumah kawan2 pula nti.

Fini tak snap satu pun gmbr, tak sempat, sibuk. Lagipun Fini malu la nak halakan camera kat org. Nti org fikir apa pula, lain la kalau org rapat. Kat sekolah pun, kalau ada majlis, org lain tlg amikkan. Penyegan tak bertempat ada masanya. Huhuhu. Dahle celoteh Fini. Bowink je kan? Apapun kpd yg tak dpt dtg, takpe, insyaAllah, ada rezeki akan Fini bawa ke sekolah Jumaat nti utk jamuan raya peringkat sekolah, tapi biskut je la.

No comments: